Wednesday, June 19, 2013

.: Hukum Masuk ke Dapur Non-Halal :.

Assalamualaikum :)

Sebenarnya Noryn dan rakan sekerja ade satu kemusykilan dan persoalan yang memerlukan jawapan.

Sebagai seorang pegawai yang kerap menjalankan pemeriksaan terhadap sistem paip gas di restoran seluruh Malaysia, mmg ada rasa was-was apabila berada di situasi seperti berikut.

Apabila menjalankan pemeriksaan, restoran non-halal juga kami masuk memandangkan semua pegawai kami adalah Melayu, jadi kami tiada pilihan. Kalau kami kecualikan, agak tidak adil kerana sistem paip gas di kebanyakan restoran non-halal juga agak teruk dan bimbang membahayakan orang awam.

Untuk makluman jugak, kebanyakan restoran non-halal yg kami masuk dan buat pemeriksaan, memang kerapkali kami ternampak khinzir di dalam dapur restoran tersebut.

Persoalan:

     1. Walaupun kami tidak sentuh, tetapi udara persekitaran di dalam dapur, air serta minyak dilantai yang kami pijak dan bau-bauan tersebut melekat di pakaian kami. Apakah hukumnya?? Adakah perlu disamak??

     2.  Apakah cara terbaik supaya kami dapat meneruskan kerja tanpa rasa was-was??

 Antara gambaran dapur yang Noryn maksudkan adalah seperti berikut.
 
Keadaan paip gas yang teruk dan membahayakan orang awam

Khinzir di dalam dapur non-halal

Lantai yang berair dan berminyak dikhuatiri terdapat sisa najis

Diharap sekiranya saudara atau saudari dapat memberi pandangan yg bertepatan dgn hukum Islam, amat lah kami hargai.

Persoalan ini juga telah diajukan kepada para ustaz dan ustazah melalui e-mail, setelah mendapat maklumbalas dari mereka, nanti Noryn share jawapan nya ya!! 

Terima kasih :)

Saturday, June 15, 2013

.: MATLAMAT 2013 :.

Assalamualaikum :)

Jom kte praktikkan ape yg Dr.Azizan Osman ajar kt Seminar Hidup Luar Biasa last week.

Now dah pertengahan tahun 2013. Jom semak matlamat kte tahun ni dah tercapai ke belum??

Tak kisah la matlamat kecik ke besar ke, senarai kan semua. Senang nak check.
  • Beli dryer - DONE
  • Bawak mak ayah bercuti ke Sarawak - DONE
  • Tukar radio kereta - DONE
  • Memiliki rumah atas tanah - dlm PROSES
  • Berjaya dlm perniagaan - dlm PROSES
  • Nak pasang air-cond kt bilik - will DO
  • Bawak mak ayah bercuti ke Sabah - will DO

Matlamat kt atas ni, bukan la semua. Ni mane yg boleh di share aje. hehe

Alhamdulillah, bila tiap2 hari kte berdoa & sebut matlamat kte satu persatu, mmg Allah swt permudahkan urusan kte dan tunjukkan jalan utk kte mencapai matlamat tersebut :) Yg penting kena disertai usaha dan niat yg ikhlas :)

Mohon diberikan petunjuk dan hidayah, dikuatkan dan ditetapkan iman, diterangkan hati, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, ditunjukkan jalan. InsyaAllah, Allah maha pemurah lg maha mengasihani :)

Matlamat yg dpt Noryn capai dlm masa yg singkat , pergi bercuti ke Sarawak tu. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan tersebut dan murahkan rezeki. Dgn rezeki yg Allah beri, dapat la Noryn sponsor penerbangan pergi balik suami anak mak ayah :)

Bermula dr matlamat yg kecil dulupun takpe. Tp disebaliknya, tersimpan matlamat yg besar. Kte realisasikan satu persatu.

Yg penting, setiap matlamat kena ada target bila nak capai :)

"Fast Action, Fast Result" :)

Amin..

Wednesday, June 12, 2013

Aura Positive Dr. Azizan Osman

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah akhirnya diberi peluang untuk menghadiri "Seminar Hidup Luar Biasa" oleh Dr.Azizan Osman anjuran Richworks International Sdn Bhd.

Wow!! Seminar ni mmg superrrbb best!! :)

Noryn pegi mase die buat kt Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 9 Jun 2013 (Ahad).

Seminar start 8.30 pagi - 1.00 petang. Sepanjang seminar, mmg rasa happy & bertenaga je even tak sempat breakfast!! haha..mungkin effect dr AURA POSITIVE Dr.Azizan Osman yg membuatkan semua peserta dlm hall sentiasa bersemangat & tersenyum :)

Yup!! Setiap saat sepanjang seminar ni mmg sgt berharga sbb ilmu yg dikongsi mmg sgt berguna dan bermanfaat :)

Tak sanggup nak keluar pegi toilet sbb takut terlepas point penting ;)

Yg paling menakjubkan, husband Noryn pun tak keluar langsung sepanjang seminar tu!! Biase kalau lame-lame ni, die keluar berasap jap.Tp kali ni die ckp sayang nak keluar, punyeeee lah best penyampaian Dr.Azizan Osman :) Mmg luarbiasa okayyyyyy...Kalau ade kesempatan, nak pegi lagii dan lagiii dan lagiiii!!! ;)

Ade 3 part yg menyentuh perasaan Noryn sepanjang seminar ni.

PART 1:
  • Seminar dimulakan dengan bacaan dan tayangan surah Al-Fatihah yg sgt merdu beserta dgn terjemahan. Tiada kata yg dpt Noryn jelaskan perasaan ketika itu. Jom hayati bersama!!
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

* Semoga ilmu yg kami dapat dari seminar ini mendapat keredhaan Allah swt.

PART 2:
  • Slot Afdlin Shauki mase dia bercerita tentang pengalaman hidup sehinggalah dia berjaya. Berasal dari keluarga yg susah..10 adik beradik..tinggal di flat DBKL..nak pergi sekolah pun tak boleh hari hari. Kena gilir-gilir adik-beradik. Sehinggalah satu saat Afdlin ternampak ibu dia menangis kerana mengenangkan nasib keluarga. Bermula saat tu Afdlin tekad akan berusaha mengubah nasib keluarga. Afdlin pun taknak anak dia mengalami nasib yg sama. IBU menjadi sbb utama Afdlin perlu berjaya. Ingin memberi kebahagiaan dan kesenangan kepada IBU , itu adalah matlamat Afdlin!! Gambar IBU dijadikan wallpaper di handphone supaya Afdlin sentiasa kuat dan tidak lupa diri apabila ingat semula matlamatnya utk berjaya.
* Pengajaran yg diperolehi drpd kisah Afdlin, setiap apa yg dilakukan perlu ada MATLAMAT!! matlamat yg jelas akan membuatkan diri kte terus bangkit dan tidak mudah putus asa sehinggalah mencapai KEJAYAAN :)

PART 3:
  • Sesi perkongsian pengalaman seorang peserta seminar. Akak ni terlibat dalam perniagaan. Setelah beberapa tahun meniaga, tiba-tiba perniagaan nya jatuh. Income berkurang. Sehingga dia merasa sgt down. Kemudian akak ni attend Program Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan oleh Dr.Azizan Osman. Dari program tu, akak ni dapat kenalpasti punca kegagalan dia. Sebenarnya sebelum ni dia tak ada matlamat. Akak ni cerita sambil tersedu-sedu. Huhu.. Dr.Azizan Osman jgk ada mengingatkan dia tentang pentingnya kebergantungan kepada Allah swt. Sekarang perniagaannya semakin pulih, Alhamdulillah.
*Pengajaran yg diperolehi drpd kisah akak ni, setiap apa yg kte lakukan hendaklah bergantung kepada Allah swt utk mendapatkan KEBERKATAN dari-Nya. Selain drpd tu, perlu ada MATLAMAT :)


Kesimpulannya, seperti yang dikatakan oleh Dr.Azizan Osman:

"MATLAMAT ibarat DOA"

--> MATLAMAT PERLU JELAS!!
supaya lebih fokus. selain drpd usaha, setiap kali selepas solat, byk2 berdoa dan mohon kepada Allah swt semoga dipermudahkan. Sebut dengan jelas matlamat kte untuk berjaya. InsyaAllah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Jika matlamat kte jelas, Allah juga jelas nak kabulkan matlamat yg kte inginkan :)

--> MATLAMAT PERLU DITULIS!!
letak or tulis matlamat ditempat yg kte boleh lihat selalu. kalau matlamat kte nak beli rumah banglo, mulakan langkah pertama!! rasai sendiri. pergi la cari rumah banglo contoh. masuk rumah tu, rasa sendiri. letak gambar rumah idaman sbg wallpaper hp ke..tampal di dinding ke..setiap kali kte lihat, pasti rase berkobar-kobar kan?? pasti nak dptkan rumah idaman secepat mungkin, insyaAllah usaha kte pun akan jd luar biasa!! :D

Alhamdulillah semoga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat.

Entry kali ni Noryn fokus pd MATLAMAT.

InsyaAllah ada kesempatan nanti, Noryn akan share tajuk lain plk. Amin.

Okay, jumpa lagiii :)

Saturday, June 8, 2013

.: Positive Feedback from Marine Essence Users :.

Assalamualaikum :)

Hari ni mood Noryn happy sangat!! :)

Alhamdulillah syukur dapat jual produk yang memberi manfaat kepada pengguna :)

Last month ramai orang order Marine Essence. Kebanyakannya baru 1st time nak try.

This month ramai yang repeat order pulak. Yang paling best bila masing-masing cerita pengalaman n result best after guna produk garam buluh Marine Essence ni :D

Jom Noryn share pengalaman pengguna Marine Essence :)

"Bau badan kurang"

"Parut chickenpox dah pudar, parut baru cepat hilang, jerawat pun kecut, muka tak berminyak"
"Jerawat kecut"
"Rambut lembut, kurang gugur"

"Tumit kaki dah tak merekah, licin je"

"Menghilangkan kulit mati, rasa fresh lepas mandi"
* Testimoni 1:

 --> "Bau badan kurang"

* Testimoni 2: 

--> "Parut chickenpox dah pudar, parut baru cepat hilang, jerawat pun kecut, muka tak berminyak"

* Testimoni 3: 

--> "Jerawat kecut"

* Testimoni 4: 

--> "Rambut lembut, kurang gugur"

* Testimoni 5: 

--> "Tumit kaki dah tak merekah, licin je"

* Testimoni 6: 

--> "Menghilangkan kulit mati, rasa fresh lepas mandi"

Best kan...:)

Okay..mcm biasa kalau nak order boleh call, SMS or whatsapp Noryn di 0132092910 :)

Jangan lupa add Noryn di Facebook yer..Nor Arina Abdul Rashid.

Thanks..