Tuesday, June 24, 2014

~MY 2ND CHARITY PROJECT~

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah 2nd Charity Project Noryn kali ni dalam group plk berjalan dgn lancar. Yang penting matlamat kami semua tercapai.

Objektif Charity Team diwujudkan :)

1st Project dalam group. Hasil perbincangan, tempat telah dikenalpasti. Rumah Orang Tua Al-Ikhlas Puchong.

Alhamdulillah mendapat sumbangan dan sambutan memberangsangkan :)

Hari yang dinanti telah tiba

Penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas

Keadaan di Rumah Orang Tua Al-Ikhlas



Alhamdulillah barang2 sumbangan disampaikan

Antara barang2 sumbangan




Antara ahli charity team yg menjadi sukarelawan
Antara penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas





Alhamdulillah hampir kesemua wang sumbangan dapat digunakan sepenuhnya. Baki akan dibawa ke projek seterusnya :)



Sekadar renungan bersama :)

Mudah-mudahan rezeki yang kita miliki dapat memberi manfaat bersama :)

Amin..


Friday, April 18, 2014

Nasihat Doktor : Usia Kandungan 1-12 Minggu

Assalamualaikum :)

Hai!! Dah lame rasenye tak jenguk blog.

This time nak share GOOD NEWS!! :)

Baru-baru ni period cycle Noryn mcm pelik skit.

Normally Noryn punye period cycle mmg teratur. Ikut jadual.

So bile dah lari skit, terus la buat urine test / pregnancy test.

Lagipun mmg sedang berusaha ke arah tu kan. So tanpa berlengah lagi trus buat test!!

Padahal period blom lewat lagi. Orang kata tunggu period lewat 2 minggu, baru lah pregnancy test dpt detect result.

Tp tak sabar punye pasal..baru lewat 1-2 hari, trus check!! hahaha ;)

And...this is the result!!! :D

Result: 10 April 2014 (Khamis)

Alhamdulillah, it's POSITIVE!! :)

Alhamdulillah I'm pregnant again!! :)

Mula2 test tu mmg berdebar2, sbb 1st LINE pd kit tu keluar dulu. Then ingatkan takde harapan. Lepas tu tunggu jap, tibe2 2nd LINE tu muncul!! Oh my!! Seronokkk sangat okay!! :) Syukur tercapai hajat Darwisy nak Adik!! ;)

Our 1st Permata Hati

Petang tu terus la pegi klinik jumpe doktor ditemani En.Razmeer & Darwisy. Sbb ade few thing yg perlukan confirmation.

Then doctor buat Ultrasound. Alhamdulillah selamat. Usia kandungan baru 4 weeks. Jadi, doktor suruh hati-hati.

Abang Darwisy: Fan of Upin Ipin

Nasihat doktor sepanjang usia kandungan 1-12 weeks:

1. Elakkan aktiviti lasak.

2. Jangan angkat barang berat.

Sebab waktu ni kandungan masih fragile, belum kuat lagi.

Owh ok, ade persoalan bermain di fikiran Noryn.

Noryn: "Doktor, kalau dukung Darwisy boleh tak?? berat Darwisy dalam 11-15 kg".

Doktor: "Owh, anak tu dah besar tu. kalau boleh elakkan dukung dalam masa 1-12 weeks ni".


Huh!! Cabaran ni. Sbb Darwisy now dah la mengade skit. Biase Noryn anta die pegi nursery, mmg Darwisy tido lagi. Then mmg kena dukung la. Kalau die dah jage pun, kadang2 malas nak jalan. Nampaknye kena bertegas la lepas ni kan. Takpe, kte mintak tolong papa nye la!! ;)

Yeay!! Darwisy sayang adik ;)

Now dah mula panggil si kecik ni "Abg Darwisy". hehe..suke die!! :)

3 of us :)

Mudah-mudahan kandungan ini selamat. Amin :)

Jumpe lagi!!

Tuesday, February 25, 2014

~KIDS ANIMAL BAG~

Assalamualaikum semua!! :)

Alhamdulillah. Kali ni Noryn nak share kegembiraan!! Hehehe ;)

Sebab...akhirnye Noryn jumpe jugak beg yang dicari-cari utk Darwisy!!! :D

Sebelum ni pnah tnampak kawan Darwisy pakai beg ni kat nursery. Macam comell je!! Geram tau.. ;)

Lepas tu Noryn pun cari la beg tu klu ade jual kat mane2. Then ade la tnampak beg ni dijual kat stall-stall shopping complex..

Tapi bile tengok harga.. rase mcm mahal je.. tak berbaloi.. haha.. walaupun berkemampuan, tp kte ni sbg pembeli kadang2 tu memang berkira jugak. Kalau boleh jimat, nak jimat lagi. Btol kan??? baik korang mengaku.. ;) Ok ape, ni adelah ciri-ciri pembeli bijak tau!! :p

Haa..yang Noryn dah survey kat shopping complex tu, die jual 1 beg RM35.00.

Dipendekkan cerita, last weekend, ade rezeki Darwisy, mama die terjumpe beg comel ni dkat wholesale center!! ;)

Mula2 nak beli 1 je, harga die RM25.00. Tapi bile staff kedai tu cakap, klu beli borong, dapat lagiii muraahhh!!!

Hahaha..ape lagiii..Mama Darwisy mmg suke bab borong2 barang dapat harge murahhh niii.... Yeay!!! ;)

Sape yang untung?? Koraaanngg jugak kan??? hahaha.. :P

Sebab...dekat Noryn jer korang boleh beli beg ni dgn harga RM20.00. Tak payah nak beli banyak2, beli 1 beg je pun boleh dpt harga borong. Best ke best??? :D

Haa dah dah..jom kite tengok gambar beg comelll yg menjadi kegilaaan Noryn ni.. ;)

Model berumur 2 tahun 6 bulan ;)
Alhamdulillah tercapai impian. Tadi pegi nursery dpt ler bwk beg baru ni. Puas hati ku!! ;)

Muat sumbat : 2 pasang baju, 1 towel, 4 pampers, 1 botol susu, 1 botol air, 1 pasang selipar :)

Comellll sangat!!! :)

Okay..sesape nak order beg ni boley la contact Noryn k!! :)

Design:

  • FROG
  • MONKEY
  • BEE
  • LADYBUG
  • COW
  • ELEPHANT

NAK BELI ??


How to order???

*** Pilih design mane yang berkenan
*** Inform Noryn melalui mesej atau Whatsapp (0132092910)
*** Boleh jgk add FB Nor Arina Abdul Rashid

NAK JADI AGENT ??

Biznez opportunities!!
Nak jadi agent?? Nak generate side income?? How??

*** Buy minimum 2 beg, will get agent price
*** Then hanye perlu promote beg
*** Dapat customer, dapat income
*** Courier Noryn yg settle kan
*** Contact Noryn melalui mesej atau Whatsapp (0132092910)

Important!!

*** Pre-order open until 28 Februari 2014 (Jumaat)
*** Stock ready for collect or courier on 3 Mac 2014 (Isnin)

"FAST ACTION, FAST RESULT"

Thank U !! :)

Friday, February 7, 2014

~MY CHARITY TEAM~

Assalamualaikum :)

Sejak Noryn post pasal Charity Project kat Facebook, ramai yg tanye & nak join!! Alhamdulillah :)

Sebenarnya memang ramai yg nak buat charity, tapi atas faktor masa & tak tau mcm mane nak mulakan, jadi dorang simpan je hasrat tu. Mcm Noryn jgk la sebelum ni. haha. Bile fikir2 balik, sayang nyer. Kenape la tak mulakan lebih awal. Kemampuan dah ade, cume takde tindakan, takde penggerak. Kalau tak, mesti dah dapat bantu ramai insan diluar sana. Tp Alhamdulillah hajat dah tercapai. Allah swt dah permudahkan jalan. My 1st Charity Project telah pun berjaya!! :D

Memandangkan ramai yg respons utk join Charity Project ni..insyaAllah jom kte buat Charity Team!! :)

Dengan adanye team ni, insyaAllah next charity dapat dilaksanakan bersama- sama :)

Alhamdulillah respons yg Noryn terima pun amat menggalakkan. Noryn pun tak sangka. Ada yg volunteer nak buatkan poster..nak wakaf telekung..ade jgk yg volunteer nak basuhkan telekung2 di surau & masjid.


Setakat ni dah ade 8 orang dalam Charity Team ni. Sape yg nk join amatlah dialu-alukan. Lagi ramai, lagi byk sumbangan dpt diberikan. Tak kisahlah sumbangan dr segi idea ke.. tenaga ke.. kewangan ke.. ikut kemampuan masing masing :D

Setakat ni yg terlintas dlm fikiran Noryn.

Jenis sumbangan:
  1. Wakaf (telekung, quran, yasin, sejadah)
  2. Sedeqah (makanan asas, barangan)
Saluran sumbangan:
  1. Rumah anak yatim piatu
  2. Rumah orang tua
  3. Pusat Tahfiz
  4. Masjid, Surau
InsyaAllah nanti kte discuss lebih lanjut supaya idea dari semua dpt di gabungkan.

Sekian, mudah-mudahan Allah swt permudahkan usaha kita semua. Amin..

Wassalam :)


~WAKAF~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari yg sungguh ajaib!! Baru 2 hari lepas Noryn lalui. Semua saling berkaitan. Noryn nak share skit :)

1. Last week bru je ayah ckp: "Yin, lepas ni awak buat wakaf plk. Pahalanye berterusan. Wakaf utk pembinaan masjid atau tahfiz. Banyak pahalanye.."

2. Next charity project ade terlintas utk beri sumbangan di tahfiz. Tp tak tau mane nak cari contact number.

3. Baru semalam ade sorang kakak daftar jd dealer produk Marine Essence & BBplus collagen. Kakak ni ade kedai kat Anjung Putrajaya.

Hari kejadian:

1. Pergi hantar brg kakak tu kat kedai die di Anjung Putrajaya. Dpt lah berkenalan dgn seorang usahawan wanita. Wah..akak ni mmg hebat. Lunchtime, ramai org dtg kedai die. Mudah mudahan murah rezeki die. Rezeki org meniaga :)

2. Tgh jalan2 nak keluar, ade booth depan entrance anjung. "Wakaf utk pembinaan Tahfiz". Alhamdulillah!!! Tercapai hajat ayah :)

3. Alang2 tu..mtk contact number skali. Ustaz tu cakap boleh dialu2 kan sesiapa yg ingin bersedekah.

Syukur Alhamdulillah. Allah swt betul2 permudahkan urusan hamba-Nya. Semua yg berlaku pd hari tersebut sebenarnye telah di atur oleh Allah swt.

Sesiapa yg ingin wakaf utk pembinaan tahfiz di klang, boleh pergi ke booth die di Anjung, Putrajaya. Ustaz tu ckp insyaAllah booth sampai hujung bulan Februari 2014. Atau boleh contact nombor yg tertera dlm brochure yg Noryn attach.


Best kan?? :)


Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada 3 perkara (yang tidak terputus) iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya & anak yang salih yang sentiasa mendoakan ibu bapanya."

(Hadis Riwayat Muslim)





Sekian, wassalam :)