Friday, December 28, 2012

Business..How It Starts ??


Assalamualaikum :)

Di hari Jumaat yg indah ni, Noryn nak share serba skit dgn uoLz psl biznez yg Noryn join skrg ni :) Moga-moga pengalaman yg ciput ni maybe boleh bg idea kpd sesiapa yg sdg berfikir2 utk mula meniaga :]

Noryn pd awalnye slalu fikir nak buat biznez. Tp..nak jual ape??

Plus Noryn ni jenis yg takut kalau barang tak laku nnt mcmane?? adoi rugi la nnt..

Mindset yg negatif mcm Noryn ni, mmg tak akan berbiznez ler smpai bile2..hahaha..

Sampai la satu mase ni Noryn tertarik dgn produk yg dijual oleh seorang kwn melalui online..mcm2 die jual online..tp produk yg menarik minat Noryn utk beli ialah korset Premium Beautiful. Lagipun mmg dah lame Noryn nak beli korset tu, cume peruntukan utk membelinye blom ade. Now dah ade, bru ler berani nak tanye2.

So, Noryn pun mule la tanya pd kawan yg jual korset td. Atau lebih mesra dikenali sbg Na :) Pd mulanya Noryn cume nak beli je korset PB..sebelum buat keputusan utk beli, ade jugak baca blog Na td. Yer la, kte nak beli sesuatu, mesti nak tau detail jgk psl produk yg di beli kan?? Then tertarik ler plk bile bace psl biznez PB yg Na join tu. Sampai tak bole tido la sbb berangan panjang lepas bace blog Na!! hahaha..Nak tau tak ape yg Na tulis smpai bg effect mcm tu skali kt Noryn?? hahaha.. ;)

Na tulis:

" Antara benda yang awesome bila join PB business:

--> Dapat pakai PB corset for free!!

--> Dapat bonus from Hai-o!!

--> A chance for a Free trip every year..stay at 5 star hotel for free!!

--> A chance to get a car for free!!

--> and..many many more!!!

fuuuhh..awesome kan?? hehe.."

Hahaha..mmg awesome lah Na!! :D

Then, lepas mesej2 dgn Na mlm tu, Na ajak jumpe. Na ade tanye kalau2 Noryn nak join biznez PB, tp Noryn tak la buat keputusan malam tu. Sbb byk yg perlu dipertimbangkan dulu..Modal lagi..Of coz Noryn taknak rugi..kekeke..:p Tp pd mase yg same, Noryn pun taknak lepaskan peluang jgk utk dengar biznez plan dulu. Join atau tak, kemudian decide :) So, trus set appointment!!

Mase appointment, Na dtg dgn leader dia atau lebih mesra dgn panggilan Kak Wati :)
Alhamdulillah Kak Wati berjaya mengubah perspektif Noryn dlm biznez. Ilmu & tips yg di kongsi mase appointment tu btul2 membuka hati Noryn. Yup, org yg ingin berjaya perlu sentiasa POSITIVE !! :)

Masalah modal yg menghantui fikiran Noryn pun telah terjawab after sesi appointment!! :D Special thanks to Kak Wati & Na for sharing this opportunity :)

Kak Wati & Na
Alhamdulillah..now dah masuk 5 bulan Noryn join biznez PB :) Yang menakjubkan, Noryn join biz ni tak keluar modal tunai pun. hanye bermodalkan nama!! hahaha..awesome!! :D Lepas tu, dapat pulak..

---> Korset PB free utk Noryn !! :)

hehe..tak sia2..mulenye nak beli, last2 join biz, dpt free aje..selamaaaat duit gue ;)

---> Bonus rm4.5 k :)

haha..ini lg syok..udah ler baru dpt bonus dr opis, dpt plak lg bonus hai-O. btuah idup..Alhamdulillah bile ade rezeki lebih ni, boleh bantu ibubapa & keluarga :)

---> Income hasil dr sales korset PB :)

bkn saje dpt PB free, dpt plk lg keuntungan jual korset PB. it simple to make money!! :)

---> Ilmu perniagaan hasil perkongsian leader & biz partner :D

ini yg paling berharga, ILMU. yup, ilmu itu penting :)

Utk dpt kan free trip + car fund mcm yg Na ckp tu..Noryn kena usaha & focus lebih lagiiii!!! Sbb pencapaian bergantung kpd usaha kita :) InsyaAllah rezeki menyebelahi mereka yg berusaha :)

Selain drpd tu, Noryn jgk dpt leader & biz partner yg sentiasa supportive & positive :)

Seronok tau dikelilingi oleh mereka2 yg positive :)

Now i'm realize, tak rugi join biz ni..selain dpt memperkukuh kewangan, dpt jugak ilmu biznez yg kte bole apply dlm biz lain :D

Pd mereka yg masih ragu-ragu utk mulakan perniagaan, uoLz boleh jadikan biz PB sbg permulaan :)

Pd mereka yg berkira-kira utk beli korset PB juga, digalakkan join biz ni sbb PB free menanti anda!! :)

Okay, stkat ni saje perkongsian Noryn utk hari ni.


Jom book appointment utk dengar biz plan :)

Jumpe lagi!! :)

Sesiapa yg berminat utk tau details psl biz PB, juz book appointment dgn Noryn ok :)

Boleh mesej, call or whatsapp Noryn di nombor 013-209 2910.

Jemput juga add Noryn di Facebook: Nor Arina Abdul Rashid

Thank U allz!! ;)








Wednesday, December 26, 2012

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Assalamualaikum :)

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Sumber: e-fatwa

Hukum Melabur dalam ASB dan ASN

Assalamualaikum :)

Noryn pasti ramai yg kadang2 meragui hukum melabur dlm ASB or ASN. Sebab Noryn pun mcm tu juga. Ade sesetengah org kate halal dan ade juge yg kate haram. Kite pun tak tau mane satu yg betul.. Memandangkan kte pun kurang arif utk membuat penilaian sendiri, ape kate kte lihat keputusan dari Jawatankuasa Fatwa.

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Keterangan/Hujah:

  1. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
  2. Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
  3. Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
  4. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
  5. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
  6. PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
 Sumber: e-fatwa

    Monday, December 24, 2012

    Paip Gas: Selamat atau Bahaya??

    Assalamualaikum :)

    Entry kali ni Noryn nak share pendapat sendiri jer..

    Noryn penah dengar org ckp yg sistem paip gas ni bahaye.

    Lebih baik tak payah sistem paip gas, sambung hos gas terus

    ke silinder / tong gas je. Macam kt rumah tu..

    Betol ke mcm tu lebih selamat??

    Sebenarnye, walau ape cara yang kte gune, ada buruk dan baiknya.

    Yang penting, kne maintain!!

    Haa..yang ni la selalu orang buat tak kisah..

    Cth:

    Bile kte beli kereta, mesti nak kene servis kan??

    Ade jadual servis die.

    Bile dah mencecah 1,000 km..2,000 km..5,000 km..10,000 km..

    Kenapa perlu servis??

    Eh, of coz la..ingat kereta ni jangka hayat die seumur hidup ke??

    Jaminan tiade kerosakan?? haha..mustahil la..

    barang buatan manusia, tak sempurna 100% okay..

    Sedangkan makanan pun ade tarikh luput..

    Cuba kalau tak servis, dgn alignment & balancing yg dah lari,

    minyak hitam kering, pastu kte pun drive pegi keje. bahaya kan??

    So, kte kena la servis kereta utk kekalkan fungsi & prestasi :)

    Macam tu lah jugak dgn sistem paip gas..Kena maintain..

    Paip Gas yg tak servis, teruk kan?? Dah takde rupa paip!!
    Paip gas yang tak diservis mcm gambar kt atas ni, anytime boleh bocor.

    Gas akan terlepas keluar & mcm2 perkara tak diingini boleh berlaku tau!!

    Sebab tu kena ikut jadual servis / penyenggaraan..Baru la selamat :)

    Paip gas yg disenggara dgn baik, kte nak gune pun tak risau..
    Jangan bile dah gune, tak tau nak servis..Itu mmg lah bahaya.

    Hos gas & regulator yg kte gune utk sambung pd tong gas kt rumah tu pun,

    kne pastikan masih berfungsi dgn baik & selamat.

    Kesimpulannye:

    Ape cara skalipun, yg penting kene maintain!! ;)

    Sekian, harap maklum!! ;)







    5 Asas Perkembangan Anak

    Assalamualaikum :)

    Perkembangan anak merangkumi 5 asas utama iaitu:

    1. Perkembangan Fizikal

    Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
    Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

    2. Perkembangan Bahasa

    Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
    Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

    3. Perkembangan Kognitif

    Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
    Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

    4. Perkembangan Sosial Emosi

    Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
    Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

    5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti

    Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
    Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

    Sumber: Majalah Pa & Ma

    Perlukah Ambil Suplemen??

    Assalamualaikum :)

    Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

    Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

    Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

    Multivitamin penting untuk tubuh

    Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

    Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
    • Menjaga kesihatan jantung.
    • Meningkatkan tahap tenaga
    • Meningkatkan sistem imun tubuh
    • Menguatkan tulang
    • Kesihatan mata dan penglihatan
    • Menjaga kualiti kulit sihat

    Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

    Antara individu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
    • Wanita hamil dan menyusu anak
    • Pengamal diet yoyo
    • Perokok
    • Pengamal vegetarian
    • Peminum alkohol yang kerap
    • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
    • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
    • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
    Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

    Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

    Sumber: Majalah Pa & Ma

    Tips Minum Air di Pejabat

    Assalamualaikum :)

    Meminum air yang banyak sememangnya tabiat yang sihat yang perlu diamalkan.

    Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan dihadapi kesibukan dan halangan.

    Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:

    1. Boleh sediakan jumlah air yang diperlukan di dalam sebuah bekas dan bawa ke pejabat. Pastikan anda menghabiskan air tersebut di dalam jangka waktu bekerja.

    2. Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa kerana Hal ini memotivasikan dan menyenangkan anda meminum air dalam sukatan yang dijadualkan.

    3. Pastikan anda sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi seperti di bilik mesyuarat atau keluar ketika ada kerja lapangan di luar pejabat.

    4. Anda boleh menjadualkan waktu minum setiap sejam sekali untuk memastikan badan terhidrat dan menerima air mencukupi setiap masa.


    INFO:

    Awas, jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang, anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau menambah secubit garam di dalam air kosong sebelum diminum.

    Sumber: Majalah Pa & Ma

    Minum Air Secukupnya!!

    Assalamualaikum :)

    Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:

    1. Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.

    2. Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap

    3. Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.

    4. Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.

    5. Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.

    6. Minda yang ceria dan emosi stabil.

    Sumber: Majalah Pa & Ma

    Tanda Rezeki Berkat

    Assalamualaikum :)

    KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

    Mari kita lihat, apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

    • Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang

    Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

    • Pemurah

    Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

    • Jauh daripada kejahatan manusia dan bala

    Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

    • Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

    • Sentiasa merasa cukup dan syukur

    Mari kte same2 muhasabah diri :)

    Sumber: Islam Itu Indah

    7 Sunnah Rasulullah S.A.W

    Assalamualaikum :)

    Mari kita sama2 ketahui dan amalkan 7 sunnah Rasulullah S.A.W.

    Pertama:
    Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

    Kedua:
    Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

    Ketiga:
    Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

    Keempat:
    Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

    Kelima:
    Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

    Keenam:
    Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

    Ketujuh:
    Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

    InsyaAllah semoga kte sama2 memanfaatkan ilmu yg ada sebaik mungkin :)

    Sumber: Islam Itu Indah

    Sistem Paip Gas

    Assalamualaikum :)

    Hai!! Jom kte share skit psl Sistem Paip Gas.

    Tahukah Anda???

    Hehehe..Noryn rase ramai yg tak tau kewujudan sistem paip gas di sekeliling kte.

    Kecuali mereka yg belajar or bekerja dlm bidang yg ade kaitan & sehubungan dgn nye ;)

    Rugi tau kalau uolz tak tau..Noryn dulu pun xtau jgk, bile mule praktikal kt company kontraktor gas, baru ler tau. Kire lewat jugak la baru tau. hahaha..

    Tp xpe la, dlm hidup ni tak semua benda kte tau tibe2 kan??

    Setiap hari pasti ade benda baru yg kte belajar.

    Same la mcm uoLz..hari ni kte belajar psl sistem paip gas ok!! ;)

    mane satu paip gas?? cube teka!!

    Kalau tengok betul2, off coz la yg warna kuning tu..sbb ade penanda arah & label GAS pd paip tu.. :p

    Haa..amacam?? uoLz penah nampak tak paip gas yg mcm ni?? Biase nampak kt mane??

    Meh Noryn cite ckit!! Noryn cite paling simple je la kt uoLz.. takut nnt pening. hehe..

    Lokasi Sistem Paip Gas??

    Biase sistem paip gas ni ade kat:

    --> Shopping Complex, Restoran, Hotel, Hospital, Resort, Sekolah, Kondominium dan lain2.

    Kegunaan Sistem Paip Gas??

    Noryn amik contoh yg paling dekat dgn kte semua.

    Sistem paip gas ni digunakan utk delivery gas ke dapur, off coz utk memasak :)

    Ok, bole faham tak topik kte hari ni??

    Next time Noryn cite lebih lanjut yer.

    Bye bye!! ;)






    Petua untuk Ibu Hamil

    Assalamualaikum :)

    Kali ni Noryn nak share sikit beberapa petua pd mereka yg sdg hamil.

    Hilangkan rasa loya

    Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.


    Kulit anak bersih

    Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.


    Inginkan anak berkulit cerah

    Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.


    Atasi rekahan kulit semasa hamil

    Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.


    Mudah bersalin

    Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.

    Moga info ini berguna!! :)

    Sumber: Majalah Pa & Ma



    Wednesday, December 19, 2012

    AES oh AES!!

    Assalamualaikum :)

    Kali ni Noryn nak luahkan rasa tak puas hati bile dapat saman AES. Huh..

    Dapat 4 saman ok!! 1 saman milik en.husband, lg 3 saman Noryn yg punye!!

    Bkn ahmad albab yg punye. wahahahaha..:p


    Nak tau tak brape nilai saman ni?? rm300 each!! ;(

    Sumenye kene kat Lebuh Sentosa, Putrajaya. Dlm bulan september & oktober.

    Ade ke patut, kt jalan yg lengang ni die letak had kelajuan 70km/j.

    Mmg kalu drive se 'slow' ni, bole tetido kot. hikhik ;)

    Dlm saman tu kelajuan sebenar Noryn around 86-87km/j.

    Standard la kan??  bkn la dlm kategori laju.

    Noryn cite gak kt membe opis, mostly dorang tak bsetuju dgn AES ni.

    Nak tau ape response mereka??

    1. "ahh mengarut lah AES ni..kalau btol2 nak kurangkan kmlangan, pasang la dekat kawasan yg selalu blaku kemalangan.."

    2. "ko xpayah bayar Noryn. tp takut plak tak bleh nak renew roadtax nnt. hmm.."

    3. "dorang nak cari duit je ni."

    4. "Noryn pegi google daily harakah, bace kt situ, dorang ade buat Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Ade 100 peguam akan beri khidmat percuma utk fight psl saman AES ni."

    Uwahh..menarik kan response mereka!! ;)

    Tp walaubagaimanapun, Noryn mmg tak puas hati.

    Sebab..

    1. Terkejut!! pagi2 pegi keje, tetibe dpt flash light camera AES. Udah ler xde sbrg signboard yg inform "zon operasi kamera". Awal disember ari tu bru die pasang signboard tu. Mase tu dah selamat sampai 4 saman da..

    2. Tak logik!! jalan yg lengang gitu pun nak letak AES, dah ler had kelajuan 70km/j. Mcm mmg sengaje nak perangkap kte je.

    Tup!! Tup!! Hari ni bace paper, prosiding saman AES dibekukan. Hah, mmg bagus sgt...

    Mesti ade la tu yg tak kena & rakyat tak berpuas hati kan..

    Ntah ape la kesudahannye yer??

    Kte tunggu dan lihat aje ler keputusan peguam nnt...

    Sekian!! ;)



    Friday, December 14, 2012

    ZOO NEGARA !!

    Assalamualaikum :)

    Nampaknye matlamat Darwisy utk 2012 ni da tercapai !! :)

    Kebetulan plk ST buat family day kt Zoo Negara, mmg cantek sgt la tu lokasinye. Hahahaha.. ;)

    mase kt tapak family day, ade staff zoo round bwk ular, so snap 1 picture wat kenangan :)
    3 D geng : Damia, Danish, Darwisy ;)
    Thanks to aunty Aisyah for dis pic. i like !! :D
    Danish ngan Damia berpeluk sakan..hadoi..bebudak skang.. ;)
    happy faces ;)
    jom jalan2 nak cari Tiger !!
    Hamboi.. :p
    Darwisy takot ngan kambing :p
    ~Peace No War ~
    Senyuuummmm...!!
    Jom pusing2 cari unta nak??? ;)
    Happy btol si kecik nih!! :)
    Stroller become trolley. hahaha..
    Yeay!! dah jumpe unta!!
    Amik gamba lg..
    Eh, ape yg papa hepi sgt tu?? Jumpe sape??
    La..jumpe kawan rupenye..patut la.. ;)
    Darwisy pelik tengok orang utan.
    Papa mood happy d sini :p
    Info skit
    cuba cari mane Darwisy?? ;)
    Darwisy muke cuak je tu..hihi..
    Wah..bkn main sonok!! :D
    Butterfly :)
    Bridge
    Makhluk ape ni?? Bisik Darwisy di dlm hati ;)
    Smile!! :)
    Darwisy buat2 cool ;)
    Ape yg Darwisy tgok tu??
    Elephant!!!
    Kawan2 nnt pegi la zoo. Gajah ni comel tau.. :p


    Giraffe!!!

    Darwisy takot nak naik gajah :p
    Papa teman, baru Darwisy nak.
    Jom ke Zoo Negara !!
    Bestt....sbb dpt adiah !! hehehe... ;)


    Wednesday, December 12, 2012

    ~SAMBAL TELUR~

    Assalamualaikum :)

    Musim kenduri kahwin sudah tiba!!

    So, banyak la telur rebus yg korang akan kumpul kan.. ;)

    Kadang2 sampai tak larat nak makan. Telur ni pun duk je la dalam peti ais ntah brape lame pun xtau :p

    Drpd membazir, jom kte jadi kan lauk!!! :D

    Haa, meh sini Noryn ajar. hahahahaha... :p


    1. Kupas dulu telur rebus

    2. Goreng telur rebus td hingga kekuningan

    3. Dah siap rebus, lepak dulu dlm pinggan ;) Sambil tu tumis sambal die

    4. Sambal yg dah masak, gaul bersame telur rebus goreng td
    Try la!! sedaaaapppp... ;)

    tQ uolzZ..;)


    ~CEKODOK PISANG~

    Assalamualaikum :)

    Noryn nak share resepi sarapan pagi or minum petang yg tak jemu di makan..

    CEKODOK PISANG !!! yeay..sedap nye !!! :D

    Ni resepi mak Noryn..confirm sedap!! :)
    Bahan-bahan:

    1. Pisang emas / pisang berangan
    2. Tepung gandum
    3. Gula
    4. Garam
    5. Air

    Cara-cara:

    1. Lenyek pisang
    2. Gaulkan bersama tepung gandum sambil tambah air.
    3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
    4. Goreng dalam minyak panas.

    Selamat mencuba!!! :)