Monday, December 24, 2012

Tips Minum Air di Pejabat

Assalamualaikum :)

Meminum air yang banyak sememangnya tabiat yang sihat yang perlu diamalkan.

Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan dihadapi kesibukan dan halangan.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:

1. Boleh sediakan jumlah air yang diperlukan di dalam sebuah bekas dan bawa ke pejabat. Pastikan anda menghabiskan air tersebut di dalam jangka waktu bekerja.

2. Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa kerana Hal ini memotivasikan dan menyenangkan anda meminum air dalam sukatan yang dijadualkan.

3. Pastikan anda sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi seperti di bilik mesyuarat atau keluar ketika ada kerja lapangan di luar pejabat.

4. Anda boleh menjadualkan waktu minum setiap sejam sekali untuk memastikan badan terhidrat dan menerima air mencukupi setiap masa.


INFO:

Awas, jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang, anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau menambah secubit garam di dalam air kosong sebelum diminum.

Sumber: Majalah Pa & Ma

No comments:

Post a Comment