Showing posts with label Beautiful Islam. Show all posts
Showing posts with label Beautiful Islam. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

.: Hukum Masuk ke Dapur Non-Halal :.

Assalamualaikum :)

Sebenarnya Noryn dan rakan sekerja ade satu kemusykilan dan persoalan yang memerlukan jawapan.

Sebagai seorang pegawai yang kerap menjalankan pemeriksaan terhadap sistem paip gas di restoran seluruh Malaysia, mmg ada rasa was-was apabila berada di situasi seperti berikut.

Apabila menjalankan pemeriksaan, restoran non-halal juga kami masuk memandangkan semua pegawai kami adalah Melayu, jadi kami tiada pilihan. Kalau kami kecualikan, agak tidak adil kerana sistem paip gas di kebanyakan restoran non-halal juga agak teruk dan bimbang membahayakan orang awam.

Untuk makluman jugak, kebanyakan restoran non-halal yg kami masuk dan buat pemeriksaan, memang kerapkali kami ternampak khinzir di dalam dapur restoran tersebut.

Persoalan:

     1. Walaupun kami tidak sentuh, tetapi udara persekitaran di dalam dapur, air serta minyak dilantai yang kami pijak dan bau-bauan tersebut melekat di pakaian kami. Apakah hukumnya?? Adakah perlu disamak??

     2.  Apakah cara terbaik supaya kami dapat meneruskan kerja tanpa rasa was-was??

 Antara gambaran dapur yang Noryn maksudkan adalah seperti berikut.
 
Keadaan paip gas yang teruk dan membahayakan orang awam

Khinzir di dalam dapur non-halal

Lantai yang berair dan berminyak dikhuatiri terdapat sisa najis

Diharap sekiranya saudara atau saudari dapat memberi pandangan yg bertepatan dgn hukum Islam, amat lah kami hargai.

Persoalan ini juga telah diajukan kepada para ustaz dan ustazah melalui e-mail, setelah mendapat maklumbalas dari mereka, nanti Noryn share jawapan nya ya!! 

Terima kasih :)

Monday, December 24, 2012

Tanda Rezeki Berkat

Assalamualaikum :)

KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Mari kita lihat, apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

  • Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang

Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

  • Pemurah

Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

  • Jauh daripada kejahatan manusia dan bala

Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

  • Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

  • Sentiasa merasa cukup dan syukur

Mari kte same2 muhasabah diri :)

Sumber: Islam Itu Indah

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum :)

Mari kita sama2 ketahui dan amalkan 7 sunnah Rasulullah S.A.W.

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

InsyaAllah semoga kte sama2 memanfaatkan ilmu yg ada sebaik mungkin :)

Sumber: Islam Itu Indah