Tuesday, February 25, 2014

~KIDS ANIMAL BAG~

Assalamualaikum semua!! :)

Alhamdulillah. Kali ni Noryn nak share kegembiraan!! Hehehe ;)

Sebab...akhirnye Noryn jumpe jugak beg yang dicari-cari utk Darwisy!!! :D

Sebelum ni pnah tnampak kawan Darwisy pakai beg ni kat nursery. Macam comell je!! Geram tau.. ;)

Lepas tu Noryn pun cari la beg tu klu ade jual kat mane2. Then ade la tnampak beg ni dijual kat stall-stall shopping complex..

Tapi bile tengok harga.. rase mcm mahal je.. tak berbaloi.. haha.. walaupun berkemampuan, tp kte ni sbg pembeli kadang2 tu memang berkira jugak. Kalau boleh jimat, nak jimat lagi. Btol kan??? baik korang mengaku.. ;) Ok ape, ni adelah ciri-ciri pembeli bijak tau!! :p

Haa..yang Noryn dah survey kat shopping complex tu, die jual 1 beg RM35.00.

Dipendekkan cerita, last weekend, ade rezeki Darwisy, mama die terjumpe beg comel ni dkat wholesale center!! ;)

Mula2 nak beli 1 je, harga die RM25.00. Tapi bile staff kedai tu cakap, klu beli borong, dapat lagiii muraahhh!!!

Hahaha..ape lagiii..Mama Darwisy mmg suke bab borong2 barang dapat harge murahhh niii.... Yeay!!! ;)

Sape yang untung?? Koraaanngg jugak kan??? hahaha.. :P

Sebab...dekat Noryn jer korang boleh beli beg ni dgn harga RM20.00. Tak payah nak beli banyak2, beli 1 beg je pun boleh dpt harga borong. Best ke best??? :D

Haa dah dah..jom kite tengok gambar beg comelll yg menjadi kegilaaan Noryn ni.. ;)

Model berumur 2 tahun 6 bulan ;)
Alhamdulillah tercapai impian. Tadi pegi nursery dpt ler bwk beg baru ni. Puas hati ku!! ;)

Muat sumbat : 2 pasang baju, 1 towel, 4 pampers, 1 botol susu, 1 botol air, 1 pasang selipar :)

Comellll sangat!!! :)

Okay..sesape nak order beg ni boley la contact Noryn k!! :)

Design:

  • FROG
  • MONKEY
  • BEE
  • LADYBUG
  • COW
  • ELEPHANT

NAK BELI ??


How to order???

*** Pilih design mane yang berkenan
*** Inform Noryn melalui mesej atau Whatsapp (0132092910)
*** Boleh jgk add FB Nor Arina Abdul Rashid

NAK JADI AGENT ??

Biznez opportunities!!
Nak jadi agent?? Nak generate side income?? How??

*** Buy minimum 2 beg, will get agent price
*** Then hanye perlu promote beg
*** Dapat customer, dapat income
*** Courier Noryn yg settle kan
*** Contact Noryn melalui mesej atau Whatsapp (0132092910)

Important!!

*** Pre-order open until 28 Februari 2014 (Jumaat)
*** Stock ready for collect or courier on 3 Mac 2014 (Isnin)

"FAST ACTION, FAST RESULT"

Thank U !! :)

Friday, February 7, 2014

~MY CHARITY TEAM~

Assalamualaikum :)

Sejak Noryn post pasal Charity Project kat Facebook, ramai yg tanye & nak join!! Alhamdulillah :)

Sebenarnya memang ramai yg nak buat charity, tapi atas faktor masa & tak tau mcm mane nak mulakan, jadi dorang simpan je hasrat tu. Mcm Noryn jgk la sebelum ni. haha. Bile fikir2 balik, sayang nyer. Kenape la tak mulakan lebih awal. Kemampuan dah ade, cume takde tindakan, takde penggerak. Kalau tak, mesti dah dapat bantu ramai insan diluar sana. Tp Alhamdulillah hajat dah tercapai. Allah swt dah permudahkan jalan. My 1st Charity Project telah pun berjaya!! :D

Memandangkan ramai yg respons utk join Charity Project ni..insyaAllah jom kte buat Charity Team!! :)

Dengan adanye team ni, insyaAllah next charity dapat dilaksanakan bersama- sama :)

Alhamdulillah respons yg Noryn terima pun amat menggalakkan. Noryn pun tak sangka. Ada yg volunteer nak buatkan poster..nak wakaf telekung..ade jgk yg volunteer nak basuhkan telekung2 di surau & masjid.


Setakat ni dah ade 8 orang dalam Charity Team ni. Sape yg nk join amatlah dialu-alukan. Lagi ramai, lagi byk sumbangan dpt diberikan. Tak kisahlah sumbangan dr segi idea ke.. tenaga ke.. kewangan ke.. ikut kemampuan masing masing :D

Setakat ni yg terlintas dlm fikiran Noryn.

Jenis sumbangan:
  1. Wakaf (telekung, quran, yasin, sejadah)
  2. Sedeqah (makanan asas, barangan)
Saluran sumbangan:
  1. Rumah anak yatim piatu
  2. Rumah orang tua
  3. Pusat Tahfiz
  4. Masjid, Surau
InsyaAllah nanti kte discuss lebih lanjut supaya idea dari semua dpt di gabungkan.

Sekian, mudah-mudahan Allah swt permudahkan usaha kita semua. Amin..

Wassalam :)


~WAKAF~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari yg sungguh ajaib!! Baru 2 hari lepas Noryn lalui. Semua saling berkaitan. Noryn nak share skit :)

1. Last week bru je ayah ckp: "Yin, lepas ni awak buat wakaf plk. Pahalanye berterusan. Wakaf utk pembinaan masjid atau tahfiz. Banyak pahalanye.."

2. Next charity project ade terlintas utk beri sumbangan di tahfiz. Tp tak tau mane nak cari contact number.

3. Baru semalam ade sorang kakak daftar jd dealer produk Marine Essence & BBplus collagen. Kakak ni ade kedai kat Anjung Putrajaya.

Hari kejadian:

1. Pergi hantar brg kakak tu kat kedai die di Anjung Putrajaya. Dpt lah berkenalan dgn seorang usahawan wanita. Wah..akak ni mmg hebat. Lunchtime, ramai org dtg kedai die. Mudah mudahan murah rezeki die. Rezeki org meniaga :)

2. Tgh jalan2 nak keluar, ade booth depan entrance anjung. "Wakaf utk pembinaan Tahfiz". Alhamdulillah!!! Tercapai hajat ayah :)

3. Alang2 tu..mtk contact number skali. Ustaz tu cakap boleh dialu2 kan sesiapa yg ingin bersedekah.

Syukur Alhamdulillah. Allah swt betul2 permudahkan urusan hamba-Nya. Semua yg berlaku pd hari tersebut sebenarnye telah di atur oleh Allah swt.

Sesiapa yg ingin wakaf utk pembinaan tahfiz di klang, boleh pergi ke booth die di Anjung, Putrajaya. Ustaz tu ckp insyaAllah booth sampai hujung bulan Februari 2014. Atau boleh contact nombor yg tertera dlm brochure yg Noryn attach.


Best kan?? :)


Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada 3 perkara (yang tidak terputus) iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya & anak yang salih yang sentiasa mendoakan ibu bapanya."

(Hadis Riwayat Muslim)





Sekian, wassalam :)

~MY 1ST CHARITY PROJECT~

Assalamualaikum :)

Wahh..ni entry pertama untuk tahun 2014!!

Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis :D

Jom jom Noryn nak share latest activity Noryn!!

Alhamdulillah tahun ni tercapai hajat nak buat charity.

Niat tu dah simpan lame sebelum ni lagi. Tp tak gerak2 macam mane nak jalannye. hahaha..

Sampai lah satu hari ni terbaca Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

"Jika ingin bersedekah, lihatlah ahli keluarga yg terdekat dahulu, siapa yg perlu dibantu?? kemudian barulah bantu org susah atau anak yatim. Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yg dekat. InsyaAllah. "

Alhamdulillah dari sini dapat idea :)

"Tiada bergerak sebutir zarah melainkan dengan izin Allah swt."

Ada juga beberapa kata-kata motivasi yang memberi inspirasi pd Noryn. Antaranye:

"How wonderful it is that nobody need to wait a single moment before starting to improve the world." -Anne Frank

"The easiest way to get what you want, is to help others get what they want." -Deepak Chopra

"Nothing happens in this world until YOU take action. All power is from within and therefore under our control. You must step up and take action for anything in order to Change." -T Shea Ellison

Lepas tersentap dgn kata2 di atas, Noryn pun terus mulakan tindakan!! ;)

My 1st Charity Project

  • Noryn fokus kepada ahli keluarga & saudara mara terdekat spt nasihat Ustaz tadi.
  • Untuk pastikan siapa penerima sumbangan, Noryn letakkan kelayakan spt berikut:
          ---> berumahtangga
          ---> jumlah pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000
  • Sumbangan yg diberikan adalah dlm bentuk makanan asas spt beras, tepung, gula, minyak masak, susu pekat, milo, biskut, sabun basuh pinggan.
  • Alhamdulillah 14 keluarga dapat diberi sumbangan :)


1st trip: my mydin :)
2nd trip: econsave :)
3rd trip: speedmart :)
muat jugak myVi ku ;)
kumpul dan susun untuk sesi pembungkusan ;)
Alhamdulillah dapat beli semua brg spt dirancang :)
okay siap bungkus!!
ade 8 brg setiap bungkusan
tagging pun siap!!
Alhamdulillah 14 bungkusan ready utk di collect :)
Syukur Alhamdulillah dipermudahkan Allah swt sepanjang penyediaan barang2 sumbangan.

Segalanya berjalan lancar dgn bantuan suami, ayah & emak :)

Mudah-mudahan aktiviti spt ini dpt diteruskan lagi dgn izin-Nya.

See you again!! ;)