Sunday, March 24, 2013

It's Challenging !!

Assalamualaikum :)

It's challenging!! hehe..ape yg mencabar tu??

Yup!! Bile buat biznez part-time ni, ade masenye kadang-kadang fokus Noryn lari jgk.

Nak stay konsisten tu mmg satu cabaran.

Sebab tu la kalau kte tengok businesswoman yg berjaya, masing2 ade pengalaman yg hebat.

Jom Noryn nak share sikit ilmu yg Noryn dpt dlm kelas Biznez Sharing yg Noryn hadiri.

Antara ciri-ciri usahawan yg berjaya:

---> sentiasa berfikiran positif

---> mampu hadapi cabaran

---> berani

---> sabar

---> bermotivasi

Nak jadi usahawan, kena Setting Impian biar jelas dan lebih fokus.
  • HALA TUJU ---> untuk capai matlamat
  • TINDAKAN ---> perlu bijak merancang & melaksana
  • SIKAP          ---> perubahan kepada sikap yang positif
Mampu ke Noryn nak terus fokus?? Hihihi.. InsyaAllah :)

Since Noryn buat biznez dalam group, sentiasa ade leader yg memantau progress biznez & biz partner yg sgt supportive. We all selalu keep in touch & discuss psl biznez dlm group Whatsapp. haha.. bagus btul teknologi skrg ni kan.. :)

So, tak sempat nak hilang fokus, lari sikit je ade la. Haha..Tu pun sbb busy dgn family & kerja di pejabat.

Alhamdulillah setakat ni Noryn bole bahagikan masa :)

Baru-baru ni ade sesi perkongsian ilmu oleh leader group kami, kak Wati.

SERONOK!! sbb bile ade sesi mcm ni, we all semua dpt ilmu biznez dr leader & share pengalaman masing-masing dgn biz partner yg dtg dari merata negeri. Memang BESSTT sangat!!

Fokus pd matlamat !! ;)
After biz sharing, ade exercise skit. Ala2 exam gitu..haha. best!!
Biz partner dr KL, Selangor, Sabah, Sarawak, Dubai.. :)
Let's join our group!! :)

Thanks uoLz... :)


Saturday, March 23, 2013

business AWARD !!

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Kali ni Noryn nak share sikit pencapaian Noryn dalam business yg Noryn join pertengahan tahun lepas :)

Pencapaian yg Noryn terima ni bukan la besar sebenarnye. Hehe..

Tp Noryn bersyukur sbb dpt anugerah yg berharga ni sebagai pengesahan jawatan Noryn sbg Sales Manager :D

Ini terbukti, walaupun Noryn join biznez as a part time je, tp Noryn mampu jgk melakukannya!! ;)

Dan yg sebenarnye, sesiapa pun boleh!!

DI MANA ADE KEMAHUAN, DI SITU ADE JALAN :)

Orait, jom layan gambar-gambar yg ade mase majlis anugerah ni !! :)

Tema majlis Black + Red :)
Turn Noryn dpt anugerah kul 4.40 pm. Dah mcm Majlis Convocation ;)
Kak Wati pun dtg, bg support pd protege-protege nyer ;)
Yg bestnyer, leader bg bungeee pd protege yg dpt Award. Thanks kak wati!! sukeeee sgt!! :D
Yeay, merase jgk naik stage terima award!! :D
ZoOm sikit!! hahaha..

Yup, i'm SALES MANAGER ;)
Mentor group kami , Hanis Haizi :)
Noryn anggap award yg diterima ni sbg langkah permulaan Noryn dlm bidang perniagaan.

InsyaAllah Noryn akan usaha utk capai lebih lagi !! :)

Okay, Noryn nak share peluang yg ade ni pd uoLz jgk !!

Maybe ade di luar sane yg mempunyai MATLAMAT yg same mcm Noryn kan..

---> Ustazah Nor Bahyah kate, melibatkan diri dlm perniagaan ni salah 1 tips murah rezeki. So, tak rugi kte mencuba. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus :)

---> Noryn join biz sbb nak cari side income jgk. sbb salah 1 matlamat hidup Noryn, nak bantu mak ayah. So, bile ade duit lebih, boleh la bantu lebih lg. Bole sponsor parents melancong jgk !! :D

---> Menaikkan taraf hidup + ekonomi keluarga. Bile da capai financial freedom, yg paling best kte bole tolong ahli keluarga yg memerlukan. Kongsi rezeki !! :)

---> InsyaAllah dpt menambah amal jariah. Bile kedudukan kewangan kte stabil, kte akan lebih suka bersedekah :)

InsyaAllah kalau niat kte ikhlas, Allah akan tunjukkan jalannye :)

Kalau uoLz nak mulakan perniagaan, tp tak tau nak mulakan dari mane, boleh contact Noryn anytime.

Nak SMS or Private Message or Whatsapp pun bole :) 013 -209 2910

See U !! :)

Wednesday, March 20, 2013

~ cuti-cuti SARAWAK ~

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah baru-baru ni sampai juga Noryn ke Sarawak. Satu-satunye negeri dalam Malaysia yang Noryn blom pernah jejakkan kaki lagi. hahaha.. ;)

Syukur juga kerana dimurahkan rezeki, dapat la Noryn bersama Suami dan Anak bawa Mak Ayah sama-sama bercuti :)

So...ape aktiviti Noryn kat sane yer??

Meh Noryn cite summary perjalanan & tempat-tempat yg Noryn lawati di Sarawak :)

Day 1
  1. Arrival @ Kuching International Airport
  2. Sewa kereta Saga BLM
  3. Check-in di Kingwood Inn Kuching
  4. Dinner Ikan Bakar @ Waterfront Kuching
Day 2
  1. Melawat Buaya @ Jong's Crocodile Farm & Zoo
  2. Lunch @ Amah's Restaurant
  3. Shopping Kek Lapis Dayang Salhah @ Waterfront Kuching
  4. Naik Sarawak Boat Cruise mengelilingi Sungai Sarawak
  5. Dinner @ RJ Ayam Bakar
  6. Singgah Klinik Julian Wee
Day 3
  1. Cuci mata @ Pasar Serikin
  2. Lunch @ De Tamu Cafe
  3. Menikmati Banana Cheese
  4. Shopping Souvenir + Ikan Terubuk Masin @ Medan Niaga Satok, Petra Jaya
  5. Dinner @ Medan Satok
Day 4
  1. Check-out hotel
  2. Pulangkan kereta sewa
  3. Fly to LCCT, Kuala Lumpur International Airport
Okay la, nih bru summary..Next entry Noryn cite lebih lagi + upload gambar skali.

Jumpe lagi !!! :D


Far Infrared Ray (F.I.R)

Assalamualaikum :)

This time Noryn nak cite detail ckit mengenai Far Infrared Ray (FIR) dan kebaikan kepada tubuh manusia.

Mesti uoLz selalu nampak perkataan Far Infrared Ray pada korset kan.. Tp uoLz tau ke ape fungsi nye??

APA ITU INFRA MERAH ??

Infra merah (infra red) ialah sinar elektromagnet yang panjang gelombangnya lebih daripada cahaya nampak iaitu di antara 700 nm dan 1 mm. Sinar infra merah merupakan cahaya yang tidak tampak. Jika dilihat dengan spektroskop cahaya, radiasi cahaya infra merah akan nampak pada spectrum elektromagnet dengan panjang gelombang di atas panjang gelombang cahaya merah. Dengan panjang gelombang ini maka cahaya infra merah ini akan tidak tampak oleh mata namun radiasi panas yang ditimbulkannya masih terasa.

JENIS-JENIS INFRA MERAH berdasarkan panjang gelombang ??

• Near Infra Red………………0.75 – 1.5 µm
• Mid Infra Red………………1.50 – 10 µm
• Far Infra Red……………….10 – 100 µm

CIRI-CIRI INFRA MERAH ??


  • tidak dapat dilihat oleh manusia



  • tidak dapat menembus materi yang tidak tembus pandang



  • dapat ditimbulkan oleh komponen yang menghasilkan panas



  • Panjang gelombang pada inframerah memiliki hubungan yang berlawanan atau berbanding terbalik dengan suhu. Ketika suhu mengalami kenaikan, maka panjang gelombang mengalami penurunan.


  • 3 KEGUNAAN INFRAMERAH DALAM KEHIDUPAN

    •  Kesihatan
    •  Bidang komunikasi 
    •  Pengiriman data

    KESIHATAN
    • Mengaktifkan molekul air dalam tubuh.  
    Hal ini disebabkan karena inframerah mempunyai getaran yang sama dengan molekul air. Sehingga, ketika molekul tersebut pecah maka akan terbentuk molekul tunggal yang dapat meningkatkan cairan tubuh.
    • Meningkatkan peredaran mikro. 
    Bergetarnya molekul air dan pengaruh inframerah akan menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh kapiler membesar, dan meningkatkan temperatur kulit, memperbaiki sirkulasi darah dan mengurani tekanan jantung.
    • Meningkatkan metabolisme tubuh. 
    Jika peredaran mikro dalam tubuh meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh kita melalui metabolisme. Hal ini dapat mengurangi beban liver dan ginjal.
    • Mengembangkan PH dalam tubuh. 
    Sinar inframerah dapat membersihkan darah, memperbaiki tekstur kulit dan mencegah rematik kerana asam urat yang tinggi.
    • Inframerah jarak jauh banyak digunakan pada alat-alat kesihatan. 
    Pancaran panas yang berupa pancaran sinar inframerah dari organ-organ tubuh dapat dijadikan sebagai informasi keadaan kesihatan organ tersebut. Hal ini sangat bermanfaat bagi doktor dalam diagnosis keadaan pesakit sehingga ia dapat membuat keputusan tindakan yang sesuai dengan keadaan pesakit tersebut. Selain itu, pancaran panas dalam keadaan tertentu dipercaya dapat digunakan untuk proses penyembuhan penyakit seperti cacar. Contoh penggunaan inframerah yang menjadi trend saat ini adalah adanya gelang kesihatan Bio Fir. Dengan memanfaatkan inframerah jarak jauh, gelang tersebut dapat berperang dalam pembersihan dalam tubuh dan pembasmian kuman atau bakteria.





    Keistimewaan Sinar Infra Merah Jarak Jauh (F.I.R)
    1. Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh
    2. Meningkatkan kadar metabolisma
    3. Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
    4. Mengelakkan pertumbuhan bakteria
    5. Mengeluarkan peluh asid
    6. Menggalakkan tumbesaran lebih teratur
    7. Mengekalkan kesegaran badan
    8. Mengurang kan kandungan asid dalam darah
    9. Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit
    10. Tidur dengan lebih nyenyak
    11. Menghilangkan bau badan
    12. Membantu menghilangkan kulat dan fungus
    13. Membantu membersihkan udara dalam badan
    14. Mengekalkan kepanasan suhu badan
    15. Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik
    16. Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan
    Semoga info ini memberi manfaat kepada uoLz :)

    Sumber rujukan Noryn : Wikipedia dan Pengalaman setelah merasai sendiri :)

    Tuesday, March 19, 2013

    JOM MELULUR !!

    Assalamualaikum :)

    Apa kelebihan melulur??

    Jika kulit terdedah dan dibiarkan terlalu lama tanpa rawatan kecantikan seperti melulur atau menyental, struktur kulit boleh menjadi semakin pudar, kusam dan kelihatan lebih gelap walaupun asalnya, memiliki kulit cerah.

    Justeru, kulit perlu dibelai dan dilindungi selalu apatah lagi penduduk Asia lebih terdedah kepada cuaca panas dan lembap sehingga boleh menyebabkan kulit tampak lebih gelap. Rawatan, lulur atau sental dikatakan punya keunikan dan kelebihan tersendiri untuk pencerahan kulit.

    Namun, ada juga menggunakan produk perlindungan untuk kesan pencerahan dan kesan lebih drastik dengan lakukan rawatan teknik meluntur.

    Bagi penjagaan kulit wajah jangka panjang, kaedah melulur atau menyental dilihat lebih praktikal dan selamat. Malah, cara penjagaan dan belaian kulit wajah seperti itu sudah diamalkan sejak dulu.

    Sebelum wujudnya pelbagai rawatan moden, orang zaman dulu memilih teknik melulur menggunakan tumbuh-tumbuhan, pokok herba dan kekacang bagi mendapatkan impak pada kecantikan kulit. Ini kerana melulurkan kulit menggunakan bahan semula jadi tanpa mengandungi bahan kimia dapat menyalurkan khasiat terbaik terus ke dalam kulit.

    Meluntur menggunakan cara moden pula diperluaskan dengan campuran penggunaan bahan lain seperti alpha arbutin, asid kojic, beta-arbutin, pati beras, mulberi, niacinamide, vitamin C dan emblica yang didapati daripada buahbuahan seperti beri dan lemon. Sebelum ini, bahan digunakan berasaskan bahan semula jadi tanpa diproses seperti madu dan kunyit.

    Kaedah rawatan lulur

    Pengasas produk kecantikan berasaskan tumbuhan semula jadi, Foziah Mohd Foad, berkata melulur atau menyental bertujuan memberi kecantikan kulit secara menyeluruh.

    Tujuan utama melulur bagi menanggalkan sel kulit mati mendap dalam liang poripori dan mengembalikan kebersihan kulit daripada kekotoran, sekali gus mampu memberikan warna kulit tampak sekata.

    Katanya, berbeza menyental kaedah moden lazimnya, menggunakan krim siap sedia dan boleh digunakan terus pada tubuh tanpa perlu membuat bancuhan. Lulur secara tradisional pula ratarata dihasilkan dengan jenis serbuk diperbuat daripada bahan semula jadi dibancuh sebelum disental ke seluruh tubuh.

    "Menyental kulit kaedah rawatan penjagaan kulit diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Sebelum kewujudan teknologi canggih, masyarakat zaman dulu membuat sendiri lulur badan menggunakan tumbuhan alam semula jadi.

    "Tanpa mencampurkan bahan kimia, lulur tumbuhan semula jadi mampu memberi khasiat terus kepada kulit. Selain membersih dan mengembalikan seri kulit kusam, melulur juga membantu menjadikan kulit lebih tegang dan tidak berkedut. Menariknya, orang zaman dulu mencari bahan asli lalu membuat ramuan sendiri," katanya ketika ditemui, barubaru ini.

    Bahan asli

    Selain kesan pencerahan, melulur juga didapati menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap. Antara tumbuhan semula jadi sering digunakan orang dulu ialah hampas kelapa, beras pulut, nanas diparut, serbuk biji kopi, daun jambu batu, kunyit parut, asam jawa, kulit kayu manis dan kacang hijau,

    Foziah yang juga pengasas dan pengeluar produk kecantikan tubuh dan rawatan Melayu tradisional, Safah Herbs Beauty Recipe berkata, setiap bahan semula jadi itu mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membaiki masalah kulit. Contohnya, hampas kelapa dikatakan dapat menghilangkan kulit kering dan bersisik, manakala beras pulut pula berfungsi untuk melicinkan dan memutihkan kulit.

    "Kunyit parut dicampur dengan beras dikisar berfungsi memutihkan kulit. Mengandungi antiseptik, ia juga dapat memelihara kulit supaya sentiasa sihat dan bersih. Kandungan air asam jawa dicampur beras kisar mampu mencerahkan kulit akibat panahan matahari terutama selepas berjemur selepas mandi laut," katanya.

    Bahan dipilih melakukan menyental bergantung kepada jenis kulit sama ada sensitif, berminyak dan kering, biasanya dialami orang Asia.

    Kulit jenis sensitif amat sesuai menggunakan lulur hampas kelapa, beras pulut dan kunyit. Kulit berminyak disarankan menggunakan ramuan seperti nanas, kopi, asam jawa, kacang hijau, daun jambu batu dan kayu manis manakala kulit kering pula sesuai menggunakan semua bahan berkenaan.

    Kepentingan LULUR

    * Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.

    * Mengembalikan warna kulit supaya sekata.

    * Menghilangkan warna kulit berbelang.

    * Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.

    * Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.

    * Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

    CARA ORANG DULU LAKUKAN LULUR

    --> Hampas kelapa

    * Menyental kulit untuk menghilangkan kulit kering dan bersisik.

    --> Beras pulut

    * Menyental untuk melicinkan kulit dan memutih secara semula jadi.

    --> Nanas parut

    * Menyental tubuh terutama kawasan kasar seperti siku, lutut dan buku lali.

    --> Serbuk biji kopi

    * Dibersihkan dan disental pada tapak tangan kasar dan tubuh gelap terutama kawasan leher, ketiak dan celah peha.

    --> Daun jambu batu

    * Daun digiling halus disental untuk membersih kulit dan mengurangkan masalah jerawat badan.

    --> Isi kunyit parut

    * Dicampur beras kisar untuk memutih kulit, antiseptik dan memelihara kulit supaya sentiasa sihat dan bersih.

    --> Asam jawa

    * Air asam jawa dicampur beras kisar untuk mencerahkan kulit gelap akibat panahan matahari (selepas berjemur seperti mandi laut)

    --> Serbuk kayu manis

    * Bertujuan membersihkan tubuh daripada masalah bekas parut dan jerawat.

    --> Kacang hijau

    * Kisaran kacang hijau bagus membersihkan kulit kasar dan kusam.

    --> Garam laut

    * Membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

    Noryn memang dari dulu lagi suka melulur. At least 2 kali seminggu. Memang best !! :)

    Selamat mencuba !! :D

    Wednesday, March 13, 2013

    ~ BOWLING tournament ~

    Assalamualaikum :)

    Hai..baru-baru ni Kelab Kristal ST ade anjurkan perlawanan bowling antara Jabatan.

    Macam biase, Noryn off coz ler tak nak lepaskan peluang utk join walaupun tak de skill main bowling.

    Iye ler, setahun skali jer main. Hahahahaha ;)

    Eh, jom kte layan gambar-gambar mase acara bowling.

    Lokasi : Alamanda

    Staff dari Jabatan Kawalselia Keselamatan & Pembekalan Gas

    Group Gas pemenang ke-4, jadik ler..;)

    Kak Waheeda salah seorang yg menyumbang markah yg tinggi dlm group Gas ;)

    Aisyah pun same, markah tinggi2 belaka..sbb tu dapat 2 angpow!! :p

    Kak Faridah menang cabutan bertuah!! :)

    Eh eh...Noryn dapat ape??? Takkan tak dapat ape2 kot...

    Jeng jeng jeng...Di umumkan juara Bowling...

    Haa..ni lah die Juara nyer..hahaha ;)

    Ilustrasi semate-mata. Jangan tertipuuu..Syok sendiri jerrr.. :p

    .: KHASIAT KOLAGEN :.

    Assalamualaikum :)

    Apa itu kolagen??

    Kini, ramuan khas seperti kolagen digunakan secara meluas dalam pelbagai barangan penjagaan kecantikan, bukan lagi sesuatu yang baru, terutamanya di kalangan mereka yang arif dan mementingkan kecantikan.

    Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda.

    Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.

    Bagaimanapun, ramai yang cuma mempunyai pemahaman terhad tentang kolagen dan tidak sedar akan potensi sepenuhnya terhadap badan kita, mahupun bantuan kecantikan.

    Mendalami kolagen

    Sebenarnya, kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan.

    Lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

    Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen.

    Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.

    Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun.

    Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi.

    Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon.

    Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.

    Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.

    Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.

    Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

    Apa pula berita baiknya? Susutan kolagen kini boleh diganti menerusi proses yang dipanggil kaedah sintesis kolagen (collagen synthesis).

    Terapi sintesis kolagen

    Menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru.

    Satu lagi penyelesaian yang lebih radikal merupakan terapi suntikan kolagen, apabila wanita dan lelaki memilih bahagian tertentu bagi suntikan yang menunjukkan kesan serta-merta.

    Tidak kira apa jua kaedah penggunaannya, sebenarnya kolagen hanya boleh diserap ke dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang cuma boleh diperoleh daripada 100 peratus protein kolagen terhidrolisis tulen (hyrolysed collagen protein, HCP).

    Oleh itu, kualiti HCP amat kritikal bagi memastikan proses penggantian kolagen yang berkesan.

    HCP merupakan kolagen tulen yang telah diproses daripada sumber semula jadi, menyumbangkan asid amino yang diperlukan badan.

    Sehingga kini, kebanyakan kolagen diekstrak daripada sumber biomarin (ikan jerung), burung (ayam) atau bovin (lembu), tetapi ketiga-tiga sumber mengandungi tahap penyerapan dan keberkesanan sintesis kolagen yang berlainan.

    HCP daripada rawan jerung selalunya dijual pada harga yang tinggi, dengan kandungan kalsium berlebihan yang mempengaruhi tahap penyerapannya.

    Kolagen tumbuh-tumbuhan pula, biasanya protein soya, mempunyai struktur yang berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu lebih sukar untuk menyerap ke dalam sel badan manusia.

    Kolagen bovin setakat ini mempunyai keberkesanan yang lebih mujarab kerana strukturnya yang hampir dengan badan manusia, dan juga kandungan kalsium yang rendah.

    Oleh kerana sifat-sifatnya ini, kolagen bovin mampu menawarkan kadar penyerapan sebanyak 80 peratus, membolehkan sintesis kolagen yang efektif dalam badan.

    Hasil kekuatan teknologi, kolagen kini boleh diekstrak, diasing, dipadat dan disulingkan ke dalam bentuk yang paling tulen. Hasilnya, HCP atau ringkasnya sumber kolagen yang paling tulen, tanpa bendasing kimia atau asidik.

    Kualiti kolagen sendiri turut mempengaruhi tahap penyerapannya. Ini diukur dalam tahap Bloom, ukuran bagi menentukan kualiti kolagen.

    Untuk menggambarkan proses ini, cuba bayangkan proses perahan tebu, yakni jus daripada perahan pertama merupakan hasil yang paling tulen, serta mengandungi rasa dan kualiti terbaik. Air boleh ditambah agar mendapat lebih banyak perahan, dan gula boleh dimasukkan untuk memperbaiki rasa.

    Ekstrak kolagen menuruti prinsip yang sama, dan kolagen pada tahap ekstrak pertama adalah yang paling tulen dan memiliki kadar Bloom tertinggi, iaitu Bloom 300.

    Kaedah yang digunakan bagi menyaring kolagen amat penting untuk memastikan kehadiran Bloom, atau kualitinya.

    Kolagen Bloom 300 dihasilkan menerusi proses yang mengambil masa selama tiga bulan, iaitu 12 bulan lebih lama berbanding proses asidik digunakan di pasaran.

    Jelasnya, kebanyakan produk hari ini mengandungi kolagen yang berbeza dari segi tahap Bloom. Sesetengah produk pula langsung tidak mengandungi nilai Bloom.

    Khasiat kolagen

    Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita.

    Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.

    Kesihatan kulit

    Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.

    Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.

    Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda.

    Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift.

    Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.

    Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.

    Kuku dan rambut

    Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.

    Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.

    Pengurusan berat badan


    Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot.

    Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.

    Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.

    Sendi dan tulang

    Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis.

    Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis.

    Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.

    Kesimpulan

    Kini, pakar dan saintis sedang menjalankan lebih kajian dan penyelidikan ke atas kolagen dari pelbagai sudut kerana khasiatnya kepada kesihatan kita.

    Hakikatnya, kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan.

    Bagaimanapun, pastikan anda memilih rangkaian produk sesuai yang mengandungi kolagen dengan kualiti yang tidak terhingga.

    Sharing is caring :)

    Thursday, March 7, 2013

    .: NUR LAMAN BESTARI :.

    Assalamualaikum :)

    Hai!! Dah lame rasenye tak menulis blog. Byk cite yg Noryn nk update, tp tak berkesempatan.

    Memandangkan malam ni mata tak mengantuk, bole la Noryn update jap!! ;)

    Kali ni Noryn nak share aktiviti hujung minggu Noryn dgn family tercinta :)

    Jom tengok gambar-gambar sambil tu Noryn cerita skit :)

    Lokasi : Nur Laman Bestari Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Hulu Yam Baru.

    Tempat ni sesuai sangat la untuk mereka yg nak menghilangkan stress. Sbb jauh dr kesesakan jalan, takde pencemaran bunyi, takde pencemaran udara. Pendek kate, kulihat hijauuuu... ;)

    Tempat percutian 2 hari 1 malam
    Hari 1: dimulakan dgn dinner di Anjung Bistari
    Ini menu RM 15 / orang
    Jom makan!! :)
    Syok dinner kt anjung ;)
    Family Noryn mmg suke berkumpul ;)
    Hari 2: siap2 nak g breakfast!!
    Okay, ayah dah sampai kafe.
    Breakfast kt sini la!!
    Menjamu selera sebelum aktiviti bermule ;)
    Nampak kebulur je budak2 ni ;)
    Menu ape agak nye tu??
    Haa ni die..nasi lemak!! :)

    Lepas sarapan, balik villa jap.
    Jom siap2 nak mandi kolam!! :)
    Nenek pon nak mandi kolam dgn cucu2 nyer :D
    wah..Darwisy je takde baju mandi..
    Darwisy tgok ape tu??
    Jom!!
    Atuk & Nenek nak supervise cucu mandi mande ;)
    Yeay!! da sampai kolam!!
    Gelongsor ni paling syok!! nak dekat 10 kali Noryn mggelongsor kt sini ;)
    yang paling best, pagi tu kami conquer kolam ni. takde org lain. yeay!! :D
    ni la 1st time Darwisy naik pelampung. haha..
    kolam ni sumber die dr air sungai tau..mmg segar tp sejuuuukkkkkk....
    haa..ni no.villa penginapan kami!!
    villa ni terapung..dlm ade 8 katil, 2 bilik air..
    Noryn paling suke view ni. cantik kan!!! :)
    ni villa kami ;)
    surau bersebelahan je dgn villa kami :)
    dari villa, bole nampak anjung bistari, tempat kami dinner malam td.
    Anjung Bistari
    Petang sebelum balik, kami round dulu kat nur laman bestari ni.
    Wah..ade jambatan gantung rupenye!! best!! :)
    1..2..3..action!! ;)
    budak-budak mmg seronok tempat mcm ni :)
    NUR LAMAN BESTARI ECO-RESORT
    bergambar kenangan jap..
    ade laman atlet
    wakaf pun ade!! sesiapa boleh sewa. tepi wakaf tu ade sungai..
    kat wakaf ni ade kipas, tempat utk barbeque, tmpat istirehat :)
    berhampiran dgn wakaf, ade surau terapung :)
    ni la wakafnye
    tumpang posing jap je.. ;)
    ANJUNG BISTARI
    owh..ade kolam utk budak kecik. gelongsor die rendah skit.
    yg tempat kami mandi td tu, kolam utk org dewasa, gelongsor pun curam skit.
    ade dewan utk kem motivasi
    jalan ke watervilla
    pusing-pusing lagi
    wow, tempat main paintball pun ade jgk la..
    PAINTBALL ARENA
    okay..dah sampai villa..mari kte bsiap utk lunch..
    si kecik ni, mama dah abis round, baru die bangun tido :)
    turn papa & Darwisy pusing-pusing plk!! ;)
    Okay..uoLz yg nak ke sini, boleh la contact no. di atas ni :)
    Sekian, jumpe lagi!! :)