Wednesday, March 20, 2013

Far Infrared Ray (F.I.R)

Assalamualaikum :)

This time Noryn nak cite detail ckit mengenai Far Infrared Ray (FIR) dan kebaikan kepada tubuh manusia.

Mesti uoLz selalu nampak perkataan Far Infrared Ray pada korset kan.. Tp uoLz tau ke ape fungsi nye??

APA ITU INFRA MERAH ??

Infra merah (infra red) ialah sinar elektromagnet yang panjang gelombangnya lebih daripada cahaya nampak iaitu di antara 700 nm dan 1 mm. Sinar infra merah merupakan cahaya yang tidak tampak. Jika dilihat dengan spektroskop cahaya, radiasi cahaya infra merah akan nampak pada spectrum elektromagnet dengan panjang gelombang di atas panjang gelombang cahaya merah. Dengan panjang gelombang ini maka cahaya infra merah ini akan tidak tampak oleh mata namun radiasi panas yang ditimbulkannya masih terasa.

JENIS-JENIS INFRA MERAH berdasarkan panjang gelombang ??

• Near Infra Red………………0.75 – 1.5 µm
• Mid Infra Red………………1.50 – 10 µm
• Far Infra Red……………….10 – 100 µm

CIRI-CIRI INFRA MERAH ??


  • tidak dapat dilihat oleh manusia



  • tidak dapat menembus materi yang tidak tembus pandang



  • dapat ditimbulkan oleh komponen yang menghasilkan panas



  • Panjang gelombang pada inframerah memiliki hubungan yang berlawanan atau berbanding terbalik dengan suhu. Ketika suhu mengalami kenaikan, maka panjang gelombang mengalami penurunan.


  • 3 KEGUNAAN INFRAMERAH DALAM KEHIDUPAN

    •  Kesihatan
    •  Bidang komunikasi 
    •  Pengiriman data

    KESIHATAN
    • Mengaktifkan molekul air dalam tubuh.  
    Hal ini disebabkan karena inframerah mempunyai getaran yang sama dengan molekul air. Sehingga, ketika molekul tersebut pecah maka akan terbentuk molekul tunggal yang dapat meningkatkan cairan tubuh.
    • Meningkatkan peredaran mikro. 
    Bergetarnya molekul air dan pengaruh inframerah akan menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh kapiler membesar, dan meningkatkan temperatur kulit, memperbaiki sirkulasi darah dan mengurani tekanan jantung.
    • Meningkatkan metabolisme tubuh. 
    Jika peredaran mikro dalam tubuh meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh kita melalui metabolisme. Hal ini dapat mengurangi beban liver dan ginjal.
    • Mengembangkan PH dalam tubuh. 
    Sinar inframerah dapat membersihkan darah, memperbaiki tekstur kulit dan mencegah rematik kerana asam urat yang tinggi.
    • Inframerah jarak jauh banyak digunakan pada alat-alat kesihatan. 
    Pancaran panas yang berupa pancaran sinar inframerah dari organ-organ tubuh dapat dijadikan sebagai informasi keadaan kesihatan organ tersebut. Hal ini sangat bermanfaat bagi doktor dalam diagnosis keadaan pesakit sehingga ia dapat membuat keputusan tindakan yang sesuai dengan keadaan pesakit tersebut. Selain itu, pancaran panas dalam keadaan tertentu dipercaya dapat digunakan untuk proses penyembuhan penyakit seperti cacar. Contoh penggunaan inframerah yang menjadi trend saat ini adalah adanya gelang kesihatan Bio Fir. Dengan memanfaatkan inframerah jarak jauh, gelang tersebut dapat berperang dalam pembersihan dalam tubuh dan pembasmian kuman atau bakteria.





    Keistimewaan Sinar Infra Merah Jarak Jauh (F.I.R)
    1. Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh
    2. Meningkatkan kadar metabolisma
    3. Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
    4. Mengelakkan pertumbuhan bakteria
    5. Mengeluarkan peluh asid
    6. Menggalakkan tumbesaran lebih teratur
    7. Mengekalkan kesegaran badan
    8. Mengurang kan kandungan asid dalam darah
    9. Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit
    10. Tidur dengan lebih nyenyak
    11. Menghilangkan bau badan
    12. Membantu menghilangkan kulat dan fungus
    13. Membantu membersihkan udara dalam badan
    14. Mengekalkan kepanasan suhu badan
    15. Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik
    16. Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan
    Semoga info ini memberi manfaat kepada uoLz :)

    Sumber rujukan Noryn : Wikipedia dan Pengalaman setelah merasai sendiri :)

    No comments:

    Post a Comment