Wednesday, October 23, 2013

BB Plus Collagen

Assalamualaikum :)

Wow..sekarang produk kolagen memang tengah HOT kan??

Tengok la kawan-kawan kte semua tak nak lepas peluang ambil kolagen.

Tapi...korang tau ke ape tu kolagen?? untuk ape?? ape fungsi die??

Haa..meh sini Noryn cite skit!! ;)

Ape itu kolagen??
  • Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan.
  • 1/3 daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.
  • Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen.
  • Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.

Kenapa perlu ambil kolagen??
  • Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun.
  • Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi.
  • Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon.

Apa kesan terhadap tubuh sekiranya kekurangan kolagen??

Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit iaitu:
  •  kulit mula hilang keanjalan semulajadinya.
  • tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.
  • membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.
Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan:
  • kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.
  • menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. 
  • Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

Kepentingan pengambilan kolagen??

1. Kesihatan kulit
  • Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda.
  • Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift.
  • Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.
  • Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.
2. Kuku dan rambut
  • Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.
  • Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.

3. Pengurusan berat badan
  • Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot.
  • Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.
  • Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.
4. Sendi dan tulang
  • Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis.
  • Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis.
  • Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.
Kesimpulan

Kini, pakar dan saintis sedang menjalankan lebih kajian dan penyelidikan ke atas kolagen dari pelbagai sudut kerana khasiatnya kepada kesihatan kita.

Hakikatnya, kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan.

Bagaimanapun, pastikan anda memilih rangkaian produk sesuai yang mengandungi kolagen dengan kualiti yang tidak terhingga.

Now Noryn pun dah mula ambil kolagen. Maklum lah..umur pun dah nak mencecah 28 ni..haha..

Mencegah lebih baik daripada mengubati ;)


Perhatian!!!

Anyone nak dapatkan BBplus Collagen boleh dapatkan terus dari Noryn. Harga istimewa!! :)

---> Customer price : RM180 / box

---> Promotion price : RM160 / box

SMS atau Whatsapp Noryn : 013 2092910

Jangan lupa add Noryn di FaceBook yer : Nor Arina Abdul Rashid

Jom tengok kelebihan BBplus collagen. Juz scroll down :)

Sharing is caring :)

BBplus collagen: 20 sachet / box
1st testimoni from customer Noryn :)
Self testimoni ;)
Owh, anyone nak Cash On Delivery (COD) boleh contact dealer berhampiran ok!! :)

Our dealer for every area:

1. Noryn : 0132092910 - Putrajaya, Puncak Jalil, Kinrara, Lestari Perdana, Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Selangor.

2. Razmeer : 0132062910 - Puncak Jalil, Seri Kembangan, Puchong, Selangor.

3. Nora : 017-7350337 - Kuching, Sarawak.

4. Roslina : 012-2897507 - Cheras, Kuala Lumpur.

5. Ema : 017-4379826 - UTM Skudai, Tampoi, Pulai, Johor.

6. Ayue : 019-2311772 - Damansara, Sungai Buloh, Jalan Duta, Segambut, Selangor.

7. Wanie : 013-4297503 - Sipitang, Sabah.

8. Shella : 013-8836864 - Keningau, Sabah.

9. Wan Mariana : 019-6204050 - Setiawangsa, Keramat, UTM Jalan Semarak, KL & Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

10. Muhammad Nizar : 017-3657563 - Kapar, Klang, Selangor.

11. Suhana : 012-2425027 - Kuantan, Pahang.

12. Amalina : 014-5465230 - Seberang Perai, Pulau Pinang.

13. Nik Nor Hasnidah : 019-6501375 - Shah Alam, Pinggiran USJ, USJ Heights, Bandar Sunway, Selangor.

14. Liza : 019-2131051 - Bentong, Pahang. 

15. Miza : 019-6653691 - Manjung, Perak.

16. Zura : 019-9821482 - Putrajaya (Boleh juga beli di kedai Cahaya Ummul Enterprise @ Anjung Parcel E, Putrajaya)

*** Nak jadi dealer?? Pun boleh contact Noryn :)

Thanks all!! :)

No comments:

Post a Comment