Friday, February 7, 2014

~MY CHARITY TEAM~

Assalamualaikum :)

Sejak Noryn post pasal Charity Project kat Facebook, ramai yg tanye & nak join!! Alhamdulillah :)

Sebenarnya memang ramai yg nak buat charity, tapi atas faktor masa & tak tau mcm mane nak mulakan, jadi dorang simpan je hasrat tu. Mcm Noryn jgk la sebelum ni. haha. Bile fikir2 balik, sayang nyer. Kenape la tak mulakan lebih awal. Kemampuan dah ade, cume takde tindakan, takde penggerak. Kalau tak, mesti dah dapat bantu ramai insan diluar sana. Tp Alhamdulillah hajat dah tercapai. Allah swt dah permudahkan jalan. My 1st Charity Project telah pun berjaya!! :D

Memandangkan ramai yg respons utk join Charity Project ni..insyaAllah jom kte buat Charity Team!! :)

Dengan adanye team ni, insyaAllah next charity dapat dilaksanakan bersama- sama :)

Alhamdulillah respons yg Noryn terima pun amat menggalakkan. Noryn pun tak sangka. Ada yg volunteer nak buatkan poster..nak wakaf telekung..ade jgk yg volunteer nak basuhkan telekung2 di surau & masjid.


Setakat ni dah ade 8 orang dalam Charity Team ni. Sape yg nk join amatlah dialu-alukan. Lagi ramai, lagi byk sumbangan dpt diberikan. Tak kisahlah sumbangan dr segi idea ke.. tenaga ke.. kewangan ke.. ikut kemampuan masing masing :D

Setakat ni yg terlintas dlm fikiran Noryn.

Jenis sumbangan:
  1. Wakaf (telekung, quran, yasin, sejadah)
  2. Sedeqah (makanan asas, barangan)
Saluran sumbangan:
  1. Rumah anak yatim piatu
  2. Rumah orang tua
  3. Pusat Tahfiz
  4. Masjid, Surau
InsyaAllah nanti kte discuss lebih lanjut supaya idea dari semua dpt di gabungkan.

Sekian, mudah-mudahan Allah swt permudahkan usaha kita semua. Amin..

Wassalam :)


No comments:

Post a Comment