Wednesday, June 19, 2013

.: Hukum Masuk ke Dapur Non-Halal :.

Assalamualaikum :)

Sebenarnya Noryn dan rakan sekerja ade satu kemusykilan dan persoalan yang memerlukan jawapan.

Sebagai seorang pegawai yang kerap menjalankan pemeriksaan terhadap sistem paip gas di restoran seluruh Malaysia, mmg ada rasa was-was apabila berada di situasi seperti berikut.

Apabila menjalankan pemeriksaan, restoran non-halal juga kami masuk memandangkan semua pegawai kami adalah Melayu, jadi kami tiada pilihan. Kalau kami kecualikan, agak tidak adil kerana sistem paip gas di kebanyakan restoran non-halal juga agak teruk dan bimbang membahayakan orang awam.

Untuk makluman jugak, kebanyakan restoran non-halal yg kami masuk dan buat pemeriksaan, memang kerapkali kami ternampak khinzir di dalam dapur restoran tersebut.

Persoalan:

     1. Walaupun kami tidak sentuh, tetapi udara persekitaran di dalam dapur, air serta minyak dilantai yang kami pijak dan bau-bauan tersebut melekat di pakaian kami. Apakah hukumnya?? Adakah perlu disamak??

     2.  Apakah cara terbaik supaya kami dapat meneruskan kerja tanpa rasa was-was??

 Antara gambaran dapur yang Noryn maksudkan adalah seperti berikut.
 
Keadaan paip gas yang teruk dan membahayakan orang awam

Khinzir di dalam dapur non-halal

Lantai yang berair dan berminyak dikhuatiri terdapat sisa najis

Diharap sekiranya saudara atau saudari dapat memberi pandangan yg bertepatan dgn hukum Islam, amat lah kami hargai.

Persoalan ini juga telah diajukan kepada para ustaz dan ustazah melalui e-mail, setelah mendapat maklumbalas dari mereka, nanti Noryn share jawapan nya ya!! 

Terima kasih :)

2 comments:

  1. sabar jela kerja macam ko ni ryn oii..macam pegawai imigrsen yang kena masuk pub atau kelab malam..tapi kat pub,khinzir semua takde kelihatan macam dalam gambar ko ni kot (mana aku tau, aku tak pernah masuk)..hihi..bab samak tu yang kena fikir..aku pun mau tahu hukumnya, dapat ilmu sikit ^^

    ReplyDelete
  2. ye la siti. nanti kalau para ustaz dan ustazah udah bg jawapannye, akan dikongsi yer.. :)

    ReplyDelete