Wednesday, June 12, 2013

Aura Positive Dr. Azizan Osman

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah akhirnya diberi peluang untuk menghadiri "Seminar Hidup Luar Biasa" oleh Dr.Azizan Osman anjuran Richworks International Sdn Bhd.

Wow!! Seminar ni mmg superrrbb best!! :)

Noryn pegi mase die buat kt Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 9 Jun 2013 (Ahad).

Seminar start 8.30 pagi - 1.00 petang. Sepanjang seminar, mmg rasa happy & bertenaga je even tak sempat breakfast!! haha..mungkin effect dr AURA POSITIVE Dr.Azizan Osman yg membuatkan semua peserta dlm hall sentiasa bersemangat & tersenyum :)

Yup!! Setiap saat sepanjang seminar ni mmg sgt berharga sbb ilmu yg dikongsi mmg sgt berguna dan bermanfaat :)

Tak sanggup nak keluar pegi toilet sbb takut terlepas point penting ;)

Yg paling menakjubkan, husband Noryn pun tak keluar langsung sepanjang seminar tu!! Biase kalau lame-lame ni, die keluar berasap jap.Tp kali ni die ckp sayang nak keluar, punyeeee lah best penyampaian Dr.Azizan Osman :) Mmg luarbiasa okayyyyyy...Kalau ade kesempatan, nak pegi lagii dan lagiii dan lagiiii!!! ;)

Ade 3 part yg menyentuh perasaan Noryn sepanjang seminar ni.

PART 1:
  • Seminar dimulakan dengan bacaan dan tayangan surah Al-Fatihah yg sgt merdu beserta dgn terjemahan. Tiada kata yg dpt Noryn jelaskan perasaan ketika itu. Jom hayati bersama!!
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

* Semoga ilmu yg kami dapat dari seminar ini mendapat keredhaan Allah swt.

PART 2:
  • Slot Afdlin Shauki mase dia bercerita tentang pengalaman hidup sehinggalah dia berjaya. Berasal dari keluarga yg susah..10 adik beradik..tinggal di flat DBKL..nak pergi sekolah pun tak boleh hari hari. Kena gilir-gilir adik-beradik. Sehinggalah satu saat Afdlin ternampak ibu dia menangis kerana mengenangkan nasib keluarga. Bermula saat tu Afdlin tekad akan berusaha mengubah nasib keluarga. Afdlin pun taknak anak dia mengalami nasib yg sama. IBU menjadi sbb utama Afdlin perlu berjaya. Ingin memberi kebahagiaan dan kesenangan kepada IBU , itu adalah matlamat Afdlin!! Gambar IBU dijadikan wallpaper di handphone supaya Afdlin sentiasa kuat dan tidak lupa diri apabila ingat semula matlamatnya utk berjaya.
* Pengajaran yg diperolehi drpd kisah Afdlin, setiap apa yg dilakukan perlu ada MATLAMAT!! matlamat yg jelas akan membuatkan diri kte terus bangkit dan tidak mudah putus asa sehinggalah mencapai KEJAYAAN :)

PART 3:
  • Sesi perkongsian pengalaman seorang peserta seminar. Akak ni terlibat dalam perniagaan. Setelah beberapa tahun meniaga, tiba-tiba perniagaan nya jatuh. Income berkurang. Sehingga dia merasa sgt down. Kemudian akak ni attend Program Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan oleh Dr.Azizan Osman. Dari program tu, akak ni dapat kenalpasti punca kegagalan dia. Sebenarnya sebelum ni dia tak ada matlamat. Akak ni cerita sambil tersedu-sedu. Huhu.. Dr.Azizan Osman jgk ada mengingatkan dia tentang pentingnya kebergantungan kepada Allah swt. Sekarang perniagaannya semakin pulih, Alhamdulillah.
*Pengajaran yg diperolehi drpd kisah akak ni, setiap apa yg kte lakukan hendaklah bergantung kepada Allah swt utk mendapatkan KEBERKATAN dari-Nya. Selain drpd tu, perlu ada MATLAMAT :)


Kesimpulannya, seperti yang dikatakan oleh Dr.Azizan Osman:

"MATLAMAT ibarat DOA"

--> MATLAMAT PERLU JELAS!!
supaya lebih fokus. selain drpd usaha, setiap kali selepas solat, byk2 berdoa dan mohon kepada Allah swt semoga dipermudahkan. Sebut dengan jelas matlamat kte untuk berjaya. InsyaAllah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Jika matlamat kte jelas, Allah juga jelas nak kabulkan matlamat yg kte inginkan :)

--> MATLAMAT PERLU DITULIS!!
letak or tulis matlamat ditempat yg kte boleh lihat selalu. kalau matlamat kte nak beli rumah banglo, mulakan langkah pertama!! rasai sendiri. pergi la cari rumah banglo contoh. masuk rumah tu, rasa sendiri. letak gambar rumah idaman sbg wallpaper hp ke..tampal di dinding ke..setiap kali kte lihat, pasti rase berkobar-kobar kan?? pasti nak dptkan rumah idaman secepat mungkin, insyaAllah usaha kte pun akan jd luar biasa!! :D

Alhamdulillah semoga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat.

Entry kali ni Noryn fokus pd MATLAMAT.

InsyaAllah ada kesempatan nanti, Noryn akan share tajuk lain plk. Amin.

Okay, jumpa lagiii :)

No comments:

Post a Comment