Wednesday, September 18, 2013

~Kerja sebagai Ibadah~

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah selesai menghadiri kursus "KERJA SEBAGAI IBADAH" anjuran Suruhanjaya Tenaga bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Macam biasa Noryn nak share serba sedikit perkongsian oleh para Ustaz tadi.

Kursus Kerja sebagai Ibadah ini disampaikan oleh 2 orang penceramah iaitu:
  1. Ustaz Muhd Redza bin Ahmad
  2. Ustaz Hj. Ahmad Rijal bin Ghazali
Penceramah di atas juga merupakan Imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Definasi
  • KERJA --> kesungguhan yg dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran.
  • IBADAH --> kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah SWT yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepada-Nya.

          *** KERJA SEBAGAI IBADAH ***

----> tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah SWT.

----> setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh syarak.

Kategori

Kerja dikategori sebagai ibadah apabila:
  • bekerja untuk keperluan diri (peribadi)
  • bekerja untuk keperluan keluarga
  • bekerja untuk keperluan masyarakat
  • bekerja untuk memakmurkan bumi Allah SWT

Ciri - ciri

Ciri-ciri kerja dianggap ibadah:
  • niat dan melaksanakannya kerana Allah SWT
  • berteraskan iman dan taqwa
  • tidak meninggalkan yang wajib
  • mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat

Setakat ni sahaja perkongsian ringkas dari Noryn. Kalau ikutkan banyak lagi. InsyaAllah Noryn akan share lagi akan datang.

Thanks to ST dan Penceramah ;)

Semoga bermanfaat!! :)

No comments:

Post a Comment